RAIHANPAHIMI

publish your book for free?AFF=9142

Friday 4 March 2016

INTIPATI KHUTBAH JUMAAT – 4/3/2016



Ikhwan Muslimin,

Terdpat segelintir umat Islam dalam memahami makna dan tuntutan jihad. Ada yang memahami jihad dengan maksud peperangan mengakat senjata dan ada pula yang memahami maksud jihad dengan meletakkan golongan tertentu sebagai sasaran yang harus diperangi. Memahami  makna jihad dengan maksud bertempur melawan musuh di medan pepeangan sahaja adalah tidak menepati dengan kehendak jhad yang sebenar, kerana pengertian jihad itu begitu luas. Jika kita melihat kepada pengertian dari sudut bahasa ia menunjukkan bahawa jihad bererti berusaha dengan sepenuh daya dan upaya untuk mendapatkan sesuatu.

Allah berfirman yang bermaksud : “ dan mereka pula bersumpah dengan nama Allah, dengan sumpah yang bersungguh-sungguh” ( Surah : Al Anan : 109).

Berdasarkan pengertian yang diberi oleh para ulamak, dapatlah disimpulkan bahawa jihad didalam agama Islam meliputi seluruh aspek perbuatan manusia dalam usaha mendukung dan memertabatkan agama Allah SWT, menuntut ilmu, memperkasa ekonomi, menghapuskan kemiskinan, memperkukuh kesatun umat, memerangi nafsu dan syaitan, serta memastikan umat mendapat kebahagian dunia dan akhirat.

Ikhwan Muslimin,

Dalam melaksanakan tuntutan jihad semasa ini, khutbah ingin mengaskan beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam berdasarkan kepada keperluan semasa:

Pertama: Jihad menguasai ilmu, segala usaha untuk mewujudkan umat Islam yang menguasai ilmu dalan satu jidah kerana ilmu akan memelahirkan umat Islam yang maju. Berdaya saiang dan mampu dalam segala bidang.  Rasulullah SAW menyatakan mereka yang menuntut ilmu adalah peuang fisabil lillah (berjuang dijalan Allah) sabdanya yang bermaksud: “ Sesiapa yang keluar menuntut ilmu ilmu maka ia berjuang fi sabil lillah hingga ia kembali” ( HR:: Tarmizi).

Kedua: Jihad menguasai ekonomi dan kewangan. Kemajuan ekonomi dan kewangan amat penting untuk menentukan kekuatan sebuah Negara dan bangsa. Negara yang menguasai ekonomi akan bebas dari cengkeman kuasa asing. Percayalah bahawa tindakan menguasai ekonomi dengan tujuan memlihara keamanan,  kemajuan dan kesejahteraan Negara tergolong dalam erti kata jihad sebenar.

Ketiga: Jihad memperkukuh kesatuan dan perpaduan ummah. Walaupun kita umat Isam dihimpit dengan perbagai isu. Ideology dan pemikiran, namun kita yakin umat Islam dapat membina kesatuan dan perpaduan demi agama, bangsa dan Negara. Kita berbeza dari segi adat, budaya, dan cara hidup serta pemahaman politik. Namun  kita dituntut untuk membina kesatuan dan perpaduuan. Allah berfirman yang bermaksud : “ dan berpegang teguhla kamu sekalian kepada tali Allah ( agama Islam) dan jangalah kamu bercerai berai. Dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu  ketika kamu bermusuh musuhan. ( semasa jahilian dahulu) lalu Allah menyatukan diantara hati hati kamu ( sehinga kamu bersatu padu dengan  nikmat Islam). Maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada ditepi hujung neraka ( disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah) lalu selamatkan kamu dari neraka itu. (disebabkan nikmat Islam juga) demikianlah Alah menjelasakan kepada kamu ayat-ayat keteranganya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah”( Al Imran: 103).

Sebagai kesimpulan khutbah pada minggu ini saya menyeru kepada umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita mengambil langkah berikut:

Pertama: Memahami tuntutan jihad semasa dengan menetapkan fikah keutamaan ( Fikah Aulawiyah) dalam membuat pertimbangan hidup yang mana perlu diutamakan dan yang mana perlu dikemudiankan 

Kedua:  Sebagai umat Islam yang beriman kita dituntut untuk memperkasakan ilmu pengetahuan dan ekonomi bagi melahirkan umat yang maju dalam segala bidang.

Ketiga: Memperkasa perpaduan dikalangan kita bagi melahirkan umat yang disegani dan dihormati.

Keempat: Sentiasa berpegang kepada perinsip kesederhanaan dalam semua perkara dengan menolak segala gerakan pelampau yang boleh mengugat kesejahteraan adan keamanan.


Wallahu’alam.

Sumber : MAIK

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comments, I will reply soon.